Tuesday, May 12, 2015

SMK SELISING


            SMK SELISING 16810 SELISING, PASIR PUTEH, KELANTAN

TEL: 097530046      FAX NO: 097530057    E-MAIL :smkselising@gmail.com
http://smkselising.blogspot.com/


LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sejarah Sekolah
Sekolah Menengah Kebangsaan Selising (SMKS) terletak di Kampung Alor Hijau dalam Mukim Bukit Jawa Daerah Pasir Puteh, Kelantan Darulnaim. Pekan yang terhampir ialah Pekan Selising yang mana jaraknya ilah kira-kira 4 km dari sekolah.Sekolah ini terletak di bawah pengawasan dan pentadbiran Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh.Jarak antara sekolah dengan Pejabat Pendidikan Pasir Puteh ialah kira-kira 14 km.

Penubuhan SMKS dicetuskan dari idea pemimpin-pemimpin setempat dengan mengambil kira pandangan dan nasihat pegawai-pegawai Pejabat Pendidikan Daerah terutamanya Ketua Pegawai pada masa itu iaitu Yang Berbahagia Tuan Haji Ismail bin Ghazali dan Jabatan Pendidikan Kelantan. Cadangan pembinaan sekolah ini berasaskan kepada keperluan penduduk setempat dan ketidakmampuan SMK Bukit Jawa untuk menampung bilangan pelajar yang semakin ramai sehingga terpaksa mengadakan kelas dua siding iaitu pagi dan petang. Memandangkan hasrat kementerian Pendidikan untuk menyediakan persekolah satu siding sahaja, maka cadangan penubuhan sekolah ini adalah bertepatan dengan hasrat tersebut di samping memberi kemudahan kepada murid-murid yang tinggal di kampung yang berhampiran iaitu Kampung Bukit Bidang, Kampung Alor Hijau,Kampung Bukit Tanah, Kampung Bukit Merbau dan kawasan sekitarnya.

Pembinaan sekolah ini telah dilaksanankan mengikut jadual yang telah ditetapkan malah ianya telah dapat disiapkan lebih awal dari masa yang sepatutnya. Sekolah ini dibangunkan dengan bangunan empat tingkat dilengkapi satu blok bangunan pentadbiran,2 blok bangunan akademik dan sebuah dewan terbuka. Satu blok kantin dan kemudahan surau juga disediakan untuk kemudahan guru-guru,kakitangan dan para pelajar.

Pada 3 November 2010(Rabu), satu Jawatankuasa Pembukaan Sekolah Menengah Kebangsaan selising telah ditubuhkan yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Ismail bin Ghazali, Ketua Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Pasir Puteh. Penubuhan jawatankuasa ini bertujuan mengawas dan mengawal selia persiapan dan memastikan keperluan bagi sesi persekolahan tahun 2011 dapat diteruskan mengikut jadual penggal persekolahn yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.

Pada 7 Novenber 2010 (Ahad) jam 2.30 petang,rombongan Ahli Jawatankuasa Pembukaan telah membuat lawatan ke sekolah ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan perkembangannya.

Upacara penyerahan sekolah ini secara rasminya kepada Kementerian pendidikan Malaysia telah diadakan pada 23 Disember 2010. Dengan terlaksananya penyerahan itu, maka seorang guru penolong kanan telah ditempatkan di sekolah ini untuk menguruskan persiapan supaya penerimaan pelajar bagi sesi persekolahan tahun 2011 dapat dilaksanakan dengan lancarnya.

Pada peringkat awal penubuhannya, sekolah ini diperuntukkan dengan 8 buah kelas iaitu 3 kelas bagi tingkatan satu, 3 kelas tingkatn dua dan 2 kelas bagi tingkatan empat. Setiap kelas mengandungi antara 35 hingga 40 orang yang mana jumlahnya kira-kira 300 orang pelajar. Bagi tingkatan satu, telah dicadangkan  untuk mengadakan satu kelas bagi aliran  Bahasa Arab manakala bagi tingkatan empat akan diperuntukkan satu kelas bagi aliran vokasional. Sekolah saluran bagi SMK Selising ialah Sekolah Kebangsaan Bukit Mebau dan SK. Bukit Jawa 2.

SMK. Selising telah diperuntukkan dengan seorang pengetua, tiga orang penolong kanan, iaitu Penolong Kanan Pentadbiran, Penolong kanan hal Ehwal Murid dan penolong Kanan Ko-Kurikulum. Seramai 14 orang guru telah ditempatkan mengikut keperluan yang diperuntukkan oleh Jabatan Pendidikan Kelantan.

Pengetua pertama SMK Selising ialah Encik Azmi bin Mohammad Nor yang mula bertugas dari 01.02.2011 hingga 30.11.20139Bersara Pilihan). Pengetua kedua SMK Selising ialah Tuan Haji Harun bin Jusoh yang mula bertugas daripada 24.03.2014 hingga 18.08.2015 setelah dilantik sebagai Ketua Pendidikan Daerah Pasir Puteh. Tempat beliau sebagai pengetua SMK Selising telah diisi oleh Encik Che Abdul Fatah bin Ibrahim yang memulakan tugasnya sebagai Pengetua di SMK Selising bermula pada 1.10.2015 hingga kini.

Kumpulan murid pertama SMK Selising yang menduduki peperiksaan PMR dan SPM ialah pada tahun 2012.Jumlah pelajar PMR ialah seramai 102 orang, manakala pelajar SPM pula ialah 54 orang.Lulusan PMR yang layak mengikuti pembelajaran dalam aliran sains terpaksa bersekolah di SMK Bukit Jawa kerana SMK. Selising belum lagi membuka kelas aliran sainsManakala pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM melanjutkan pengajian di Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jawa.


SMK. Selising terus berkembang, bilangan murid terus bertambah dari setahun ke setahun. Pada tahun 2012, bilangan murid telah bertambah daripada 242 pada tahun 2011 kepada 454 orang.Selaras dengan pertambahan murid, bilangan guru juga bertambah kepada 30 orang.Pada tahun 2013, bilangan pelajar dan guru telah meningkat kepada 502 orang pelajar dan 34 orang guru.Pada tahun 2014 bilangan pelajar yang belajar di SMK. Selising ialah seramai 506 orang dan bilangan guru seramai 37 orang.Ekoran pertambahan pelajar dan keputusan penilaian PT3 pada tahun 2014 yang agak memberangsangkan, SMK. Selising telah membuka kelas aliran sains tulin bermula pada sesi persekolahan tahun 2015 dengan pelajar kumpulan pertama seramai 15 orang.Mulai sesi persekolahan tahun 2015, bilangan pelajar yang mendaftar di SMK selising ialah seramai 515 orang dan bilangan guru seramai 39 orang.

***********************************************


VISI SEKOLAH
SMK Selising Unggul di Daerah Pasir Puteh dari aspek akademik, ko-kurikulum dan sahsiah pelajar menjelang 2020.
MISI SEKOLAH
SMK Selising beriltizam melahirkan modal insan yang unggul  dalam persekitaran kondusif untuk melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti bagi membangunkan potensi individu dalam pelbagai aspek bagi memenuhi aspirasi negara menjelang 2020.
MOTO SEKOLAH
“Mencipta keunggulan”
Bermaksud semua warga SMK Selising bersedia mencipta keunggulan dalam semua aspek sama ada kurikilum, ko-kurikulum maupun pembinaan insan dengan mengembeling sepenuh tenaga dan menggunakan semua potensi yang ada untuk memastikan sekolah SMK Selising Terunggul di PPD  Pasir Puteh menjelang 2020.
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga Sekolah Menengah Kebangsaan Selising dengan penuh tekad dan iltizam berikrar dan berjanji akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami
untuk :   
v  Merealisasikan hasrat , visi dan misi sekolah.
v  Mengutamakan kecemerlangan kurikulum,ko- kurikulum, disiplin dan keceriaan
v  Sentiasa mengadakan program-program dan aktiviti bagi mewujudkan sekolah yang berdisiplin tinggi, bersih, cekap, amanah, dinamik, berbudaya ilmu, berketerampilan dan bernilai murni selaras dengan falsafah pendidikan negara.
v  Sentiasa menyemai dan menyuburkan budaya sekolah penyayang melalui keperihatinan semua kakitangan ,guru, pelajar dan ibubapa bagi mencapai kecemerlangan  kurikulum dan ko- kurikulum.
v  Etika kerja SMKS:
1.    Salam
2.    Hormat menghormati
3.    Bertatasusila
4.    Bersih, cekap dan amanah
5.    Berakhlak mulia
6.    Mesra, Penyayang , berhemah

v  Bersama melaksanakan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan wawasan 2020.


BEKAS PENGETUA & TEMPOH PERKHIDMATAN
BIL
NAMA
TEMPOH
1
ENCIK AZMI BIN MOHAMAD NOR
01.02.2011 – 30.11.2013
2
TUAN HAJI HARUN BIN YUSOF
24.03.2014 – 18.08.2014
3
ENCIK CHE ABDUL FATAH BIN IBRAHIM
01.10.2014 - SEKARANG

****************************************************************
LENCANA SEKOLAH
KETERANGAN LAMBANG & WARNA
v BENTUK BUJUR TELUR – Melambangkan  benih keunggulan pendidikan
v WARNA BIRU – Melambangkan kesepaduan dan berintegrasi.
v WARNA MERAH – Melambangkan keberanian dalam menghadapi cabaran dan kesanggupan berjuang untuk merealisasikan impian.
v BUKU – Menjunjung hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan yang menekankan kecemerlangan keilmuan.
v KOMPUTER – Wawasan pendidikan berasaskan teknologi dan kemahiran ICT.

v CINDAI- Bermaksud Sekolah sebagai lebuh raya maklumat dan mengisi menjadi landasan pelajar mencipta keunggulan.
*******************************************

CARTA ORGANISASI UNIT KURIKULUM







CARTA ORGANISASI UNIT KO KURIKULUM




  

No comments:

Post a Comment